Total Pageviews

Thursday 27 October 2011

TUMBANGNYA THE RED'S DEVIL

Kekalahan MAN U (1) kepada MAN CITY (6) tempoh hari memberi kesan mendalam terhadap supporter The Red's Devil. Keputusan ini bukanlah keputusan yang dijangkakan memandangkan MAN U adalah salah sebuah pasukan kelab terhebat di Eropah abad ini. Apa sudah jadi???

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menyifatkan kekalahan 6-1 kepada Manchester City sebagai "keputusan paling teruk dalam sejarah karier beliau'. Selepas mendahului 1-0 hasil jaringan Mario Balotelli pada separuh masa pertama, City mengambil penuh kesempatan setelah Jonny Evans dibuang padang pada minit ke-47 membolos gawang United melalui jaringan kedua Balotelli, dua jaringan dari Edin Dzeko dan gol melalui Sergio Aguero dan David Silva.

"Hari ini cukup malang bagi kami," kata Ferguson. "Ia merupakan keputusan paling teruk dalam sejarah karier saya sebagai pengurus. Sekalipun pernah menjadi pemain bolasepak, saya tidak pernah mengalami kekalahan seteruk ini..saya masih lagi bingung dengan jumlah jaringan. Jaringan pertama City sudah menggoyahkan permainan kami namun jaringan penyamaan cukup melegakan. Keputusan kad merah kepada Evans membunuh permainan United. Kami tetap melakukan serangan sekalipun ketinggalan 4-1 namun cukup setakat ini permainan United."

Mario Balotelli yang menjaringkan dua gol memastikan Manchester City menewaskan Manchester United 6-1 untuk berada lima mata dihadapan dan kini menerajui persada liga. Pemain yang berusia 21 tahun ini menggegarkan gawang United pada minit ke-22 dan menambah satu lagi jaringan pada minit ke-60 sebelum Sergio Aguero menambah satu lagi jaringan pada minit ke-69.

Jaringan minit terakhir perlawanan oleh Edin Dzeko dan David Silva menyebabkan United mengalami kekalahan paling mengaibkan di tempat sendiri sepanjang sejarah Premier League. Darren Fletcher memastikan gol saguhati buat United namun tewasnya pasukan bimbingan United menyebabkan kedudukan kini bertukar arah kepada City.

P/S: WALAUPUN KALAH MAN U STILL YG TERBAEEKKK!!!!
 
No comments:

Post a Comment